SIAPA DISEBALIK SEBAWANG MALAYSIA?

PENGASAS Nadea Fauzi atau Nurul Nadiah Sazali dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 18 Januari 1986. Anak sulung daripada 5 orang adik beradik ini merupakan pemegang Diploma Kejururawatn Basik dari Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah dan pemegang Diploma Perniagaan dari Maktab Kerjasama Malaysia. 

NADEA FAUZI

Sebelum berkecimpung dalam dunia perniagaan sepenuhnya, beliau merupakan jururawat di hospital dan klinik kerjaan. Disebabkan minat yang mendalam dalam dunia perniagaan, pada tahun 2016, beliau menjalankan perniagaan sepenuhnya dan meninggalkan kerjaya sebagai seorang penjawat awam. 

PENUBUHAN Wujudnya tudung sarung jenama SEBAWANG ini adalah disebabkan setelah 7 tahun Nadea menjalankan 3 perniagaan berasingan yang tidak kekal lama dan beliau sendiri hampir berputus asa untuk menjalankan perniagaan lain. Atas sokongan dan dorongan dari suami, beliau memberi cadangan untuk Nadea membuka perniagaan baru dalam bidang fesyen disebabkan isteri beliau sangat suka menggunakan tudung sarung sejak tahun 2016 lagi. akhirnya, pada April 2019 memasuki pasaran fesyen di Malaysia.

SOSIAL MEDIA. Nadea Fauzi lebih dikenali sebaga kak nad di semua platform sosial media beliau. Berbekalkan personal branding yang dikuasai sejak tahun 2017 di platform Facebook, beliau teruskan sehingga membuka perniagaan SEBAWANG. 

Facebook: Nadea Fauzi

Instagram: Nadea Fauzi

Tik Tok: Nadea Fauzi

Comments