KENAPA NAMA SEBAWANG?
Bermula pada April 2019. Pada awalnya macam-macam nama yang kaknad nak letak, nama bunga, nama antarabangsa sampai satu hari kaknad whatsapp cik bell minta pendapat nama yang sesuai untuk letak. Zaman tu sangat famous dengan gelaran ‘mak cik bawang’ ketika rewang kenduri, geng mak-mak yang suka berkumpul di kawasan perumahan pada waktu petang. Kebetulan kaknad nak keluarkan tudung sarung yang mudah dan cepat untuk bersiap. Jadi cik bell cadangkan nama bawang tapi nak letak nama bawang sahaja macam tak menarik. Kaknad nak letak pangkal ‘S’ menandakan simbol duit. Sobawang? Sabawang? Sebawang?
Ting! SEBAWANG terus menjadi pilihan. Senang sebut dan mudah ingat. Walaupun pada asalnya kaknad nak nama yang lebih komersial supaya boleh dibawa sampai ke peringkat antarabangsa, tapi SEBAWANG kalau kita luaskan dalam pasaran Malaysia dahulu, nak pergi ke peringkat antarabangsa pun tak menjadi masalah. Sebab tu kalau tengok logo SEBAWANG seakan-akan bentuk bawang.
Comments
Post a Comment