Posts

Showing posts from August, 2022

4 MITOS BILA NAK MULA BISNES

Image
Ramai yang fikir buat bisnes ni BEST, BEBAS MASA TAK PERLU NAK KERJA 8 PAGI-5 PETANG, BEBAS HUTANG, TAK PAYAH DENGAR ARAHAN BOS. Hakikatnya semua tu MITOS je. Sebab apa?  1. BEST . Best sebab kita nampak kebanyakkan orang buat bisnes yang berjaya boleh jadi kaya, rumah besar, banyak duit, pakai kereta mewah. Tapi silapnya, kita tengok semua tu saat sekarang, cuba kita tengok dan kaji masa orang tu mulakan bisnes atau tanya dengan orang tu macam mana dia bermula. Pernah tak orang tu ikat perut nak makan mewah? Pernah tak orang tu tak cukup tidur sebab nak kena siapkan kerja bisnes? Pernah tak orang tu langsung tak sentuh anak atau family dalam sehari? Pernah tak orang tu sakit tapi gagahkan diri juga untuk kerja sebab kalau cuti nak rehat bisnes tak gerak, duit tak masuk? 99.9% akan jawab YA. Lagi 1% jawab tidak tu mungkin dah lahir atas lautan emas. Sebelum kita nak rasa moment best tu kita kena lalui dulu proses tak best tu. Ibarat kita nak masuk pertandingan lumba lari peringkat nege

KENAPA NAMA SEBAWANG?

Image
  Bermula pada April 2019. Pada awalnya macam-macam nama yang kaknad nak letak, nama bunga, nama antarabangsa sampai satu hari kaknad whatsapp cik bell minta pendapat nama yang sesuai untuk letak. Zaman tu sangat famous dengan gelaran ‘mak cik bawang’ ketika rewang kenduri, geng mak-mak yang suka berkumpul di kawasan perumahan pada waktu petang. Kebetulan kaknad nak keluarkan tudung sarung yang mudah dan cepat untuk bersiap. Jadi cik bell cadangkan nama bawang tapi nak letak nama bawang sahaja macam tak menarik. Kaknad nak letak pangkal ‘S’ menandakan simbol duit. Sobawang? Sabawang? Sebawang? Ting! SEBAWANG terus menjadi pilihan. Senang sebut dan mudah ingat. Walaupun pada asalnya kaknad nak nama yang lebih komersial supaya boleh dibawa sampai ke peringkat antarabangsa, tapi SEBAWANG kalau kita luaskan dalam pasaran Malaysia dahulu, nak pergi ke peringkat antarabangsa pun tak menjadi masalah. Sebab tu kalau tengok logo SEBAWANG seakan-akan bentuk bawang.

SIAPA DISEBALIK SEBAWANG MALAYSIA?

Image
PENGASAS Nadea Fauzi atau Nurul Nadiah Sazali dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 18 Januari 1986. Anak sulung daripada 5 orang adik beradik ini merupakan pemegang Diploma Kejururawatn Basik dari Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah dan pemegang Diploma Perniagaan dari Maktab Kerjasama Malaysia.  NADEA FAUZI Sebelum berkecimpung dalam dunia perniagaan sepenuhnya, beliau merupakan jururawat di hospital dan klinik kerjaan. Disebabkan minat yang mendalam dalam dunia perniagaan, pada tahun 2016, beliau menjalankan perniagaan sepenuhnya dan meninggalkan kerjaya sebagai seorang penjawat awam.  PENUBUHAN Wujudnya tudung sarung jenama SEBAWANG ini adalah disebabkan setelah 7 tahun Nadea menjalankan 3 perniagaan berasingan yang tidak kekal lama dan beliau sendiri hampir berputus asa untuk menjalankan perniagaan lain. Atas sokongan dan dorongan dari suami, beliau memberi cadangan untuk Nadea membuka perniagaan baru dalam bidang fesyen disebabkan isteri beliau sangat suka menggunakan tud